Keesokan
paginya, Dania ke sekolah dengan perasaan berdebar-debar. Seolah-olah ada
perkara buruk yang akan terjadi. Berdoa sajalah agar semuanya berjalan dengan
lancar. Sesi pembelajaran diteruskan seperti biasa.
Ketika waktu
rehat, dia dan Misha hanya duduk berborak bersama beberapa kawan perempuan yang
turut berada di situ. Bergosip saja kerja mereka. Keadaan agak lengang kerana
kebanyakan pelajar turun ke kantin untuk mengisi perut. Tiba-tiba mereka
didatangi oleh Marlia dan kawan-kawannya. Jeng jeng jeng.
“Hei perempuan,
kau rasa yang kau tu cantik sangat ke? Kau tu budak baru, tapi dah berani
tunjuk belang dekat sini. Kau ingat aku tak tahu yang kau sengaja goda Badrul
kan. You’re not his taste okay. Kau
langsung tak layak untuk Badrul. Tak setaraf. Aku bagi amaran, sekali lagi
berlaku kejadian seperti semalam, siap kau. Kau belum kenal lagi aku siapa.” Terkejut
Dania dengan kata-kata Marlia. What the
hell? Rasa macam nak tembak aje minah plastik ni. Bukannya takut dengan
ugutan itu tapi bagi Dania kata-kata itu tidak sesuai diucapkan oleh seorang
pelajar apatah lagi seorang perempuan.
“Kenapa dengan
kau ni Marlia? Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba aje datang serang orang. Kau ni tengah meroyan ke apa?” Tanya Misha
bila melihat temannya hanya berdiam diri sahaja.
“Kau jaga sikit
mulut kau tu Misha. Aku nak kau pesan kat kawan baik kau ni, suruh dia sedar
diri tu sikit. Ada hati nak pikat Badrul, dasar perempuan gatal. Badrul tu anak
Dato’, tak setaraf dengan kau. Lainlah kalau aku. Jangan sesekali kau bermain
dengan api, kelak kau yang akan terbakar. Kau pasti akan menyesal jika kau cuba
buat hal dengan aku.” Sindir Marlia lalu melangkah keluar kelas bersama
rakan-rakannya sambil tersenyum sinis. Marlia! Marlia! Siapa sebenarnya yang
sedang bermain api. Jangan kau sangka air yang tenang tiada buaya. Kau yang
belum kenal siapa Dania.
Dania hanya
memandang langkah mereka dengan mata yang berkaca. Tidak pernah dirinya
dimalukan sebegini. Seumur hidup, inilah baru pertama kali dia digelar
perempuan gatal. Memang memalukan.
“Sabar Nia.
Allah bersama orang yang benar. Walaupun aku sendiri tak tahu menahu kejadian
yang sebenar, aku percaya kau tak bersalah. Kau tak bersendirian dalam hal ni,
aku sentiasa ada kalau kau perlukan aku.” Misha cuba menenangkan Dania dengan
mengusap perlahan belakangnya. Kata-kata Misha memberi sedikit kekuatan kepada
dirinya. Dania segera menyapu air mata yang hampir menitis apabila menyedari
waktu rehat telah tamat. Dia hanya memandang sekilas kelibat Marlia yang lalu
di tepi sambil tersenyum sinis.
Selepas kejadian
itu, Dania mengambil keputusan untuk menjauhkan diri daripada Badrul.Walaupun
tindakannya seperti mengiyakan tuduhan palsu Marlia, dia tidak peduli. Apa yang
pasti, jaraknya dengan Badrul harus dihadkan. Namun, Dania semakin bingung
dengan tingkah laku lelaki itu yang bagaikan sengaja mencipta peluang untuk
mendekatinya. Sehingga sekarang dia masih berjaya mencari alasan untuk
mengelak.
Hari ini
merupakan hari persekolahan yang paling membosankan bagi semua pelajar
tingkatan 6 kerana sejak dari pagi tadi lagi semua guru tingkatan 6 menghadiri
mesyuarat. Mereka diarahkan untuk mengulangkaji pelajaran sepanjang ketiadaan
guru. Dania membuat keputusan untuk ke perpustakaan untuk mencari buku rujukan
tambahan bagi menyiapkan kertas kerja Pengajian Am. Dia sempat memaklumkan
kepada Misha supaya gadis itu tidak tercari-cari dirinya nanti. Semasa sedang
leka membelek buku di rak buku, Dania dikejutkan dengan kelibat seorang lelaki
di sisinya.
‘Siapa pula
mamat ni? Dah lah library ni sunyi
sepi. Rasanya kalau aku menjerit pun belum tentu ada orang dengar. Mampus aku
kalau begini,’ Dia hanya bermonolag tanpa mempunyai walau secebis keberanian
untuk melihat tuan empunya badan. Dania segera meletakkan semula buku yang
dipegang lalu berjalan pantas menuju ke arah pintu keluar.
“Eh, awak nak
pergi mana tu? Penat tau saya cari awak dari tadi lagi.” Macam pernah dengar
suara tu, tetapi di mana? Dania berpusing melihat lelaki itu. Hampir ternganga
mulutnya apabila melihat Badrul berdiri di tepi rak buku sambil tersenyum
manis. Dia nampak segak dengan caranya yang tersendiri.
“What are you doing here?” Dania
tercari-cari kelibat Marlia atau spynya.
Okay, clear!
“Kan saya dah
cakap tadi, I’m looking for you.”
Balas Badrul sambil berjalan mendekati Dania.
“But why? Macam mana awak boleh tahu saya
ada kat sini?” Tanya Dania lagi lalu duduk di salah sebuah kerusi yang ada di
situ.
“Saya cari awak
dekat kelas tadi, Misha cakap awak ada kat sini. I’ve something to say,” jawab Badrul lalu mengambil tempat di
hadapan gadis yang tampak tegang itu.
“Nak cakap apa?
Saya nak cepat ni…” gesa Dania sambil berpura-pura melihat jam di tangan
seolah-olah sedang mengejar waktu.
“Saya nak minta
maaf bagi pihak Marlia sebab biadap dengan awak. Saya tahu dia tak patut serang
awak tanpa tahu kejadian yang sebenar.”
“It’s okay, tak payahlah nak ungkit lagi
pasal tu. Saya dah lupakan semuanya. Awak jangan risau, saya tak ada niat nak
mengadu pada pihak pentadbiran kalau itu yang awak bimbangkan sangat. Saya tahu
saya ni anak orang biasa, tak ada pangkat… tak layak nak berkawan dengan anak
Dato’ macam korang.” Jelas Dania lalu
bangun.
“Nia, wait…” Badrul cuba menghalang dengan
memegang tangan Dania membuatkan gadis itu terduduk kembali.
“That is not what I mean.” Dania tidak
menghiraukan kata-kata Badrul sebaliknya merenung tajam tangannya yang masih
tidak dilepaskan.
“Maaf, saya tak
sengaja,” kata Badrul lalu melepaskan tangan Dania apabila menyedari arah
pandangannya. Ada yang nak makan penampar agaknya.
“Actually, saya bukan minta maaf sebab
takut Marlia akan dikenakan tindakan disiplin kalau awak buat aduan. Saya minta
maaf sebab saya tahu Marlia serang awak kerana saya.” Dania tahu lelaki itu
berasa bersalah. Mereka saling merenung antara satu sama lain. Buat seketika
dia hanyut dibuai perasaan sehinggalah satu wajah tiba-tiba muncul di fikiran.
‘Danish, maafkan
I sebab hampir mengkhianati cinta
kita.’ Perasaan bersalah tiba-tiba muncul. Dania cuba mencari ayat untuk
melegakan hati lelaki itu.
“Look Badrul, saya dah maafkan semuanya
tentang kejadian yang memalukan tu. Tapi untuk melupakannya mungkin memerlukan
sedikit masa. Saya tak salahkan Marlia walaupun tindakannya agak melampau. Dia cuma
takut kehilangan awak, mesti dia cemburu bila tengok boyfriend dia bersama perempuan lain walaupun kejadian tu tak
disengajakan. Itu tandanya dia betul-betul cintakan awak…” Dania tidak
meneruskan kata-katanya apabila Badrul tiba-tiba ketawa. Apa yang lucu? Kena
sampuk agaknya. Seram pula tengok lelaki ni.
“Kenapa ketawa?”
Tanya Dania pelik.
“Lucu bila
dengar awak cakap Marlia truly love me.
I know her, Nia…” balas Badrul sambil
tersenyum sinis.
“I don’t know what is your problem and I
don’t want to know, tapi tolong jangan libatkan saya dengan perkara bodoh
macam tu. Saya datang sini sebab nak belajar bukannya nak cari masalah. Jadi
jangan ganggu saya lagi, cukuplah sekali seumur hidup saya digelar perempuan
gatal. Walaupun saya ni bukan anak Dato’ macam awak or Marlia, saya tak akan biarkan orang pijak kepala saya sesuka
hati. Jangan sampai saya hilang sabar.” Kata Dania tegas.
“I know and I’m sorry okay.Tapi itu bukan
satu alasan untuk awak mengelak daripada saya. Lagipun, saya tak pernah pandang
hina pada awak atau siapa pun. It’s not
fair…” kata Badrul sambil merenung Dania sayu. Gadis itu tampak tegang.
“What do you mean by not fair? Actually, what
do you want from me Badrul Faramy Dato’ Ibrahim?”
“Saya nak kenal
awak...”
“What are you talking about? Of course, you
know me… I’m your classmate, remember?” Dania agak bingung dengan
permintaan Badrul.
“No, I mean… saya tak mahu kenal awak
sebagai classmate. I want more than that.
Izinkan saya menyelami sekeping hati milik awak Nia. I think I’m in love…”
“Stop it, Badrul. I won’t hear that again.” Bantah Dania sambil menekup telinga.
Lelaki jenis apa yang sanggup merayu cinta perempuan lain sedangkan dia sudah
mempunyai kekasih. Dia cukup tidak suka lelaki yang tak pandai menghargai cinta
seorang wanita. Lagipun, dia masih setia dengan cinta pertamanya. Dania segera
bangun lalu keluar dari perpustakaan.
“Assalamualaikum
abang, abang tengah busy ke ni?
Maaflah kalau Nia mengganggu.” Petang itu, Dania menelefon Rayyan yang berada
di UK bersama Tengku Dahlia dan Tengku Darwin. Lama mereka tidak berbual kerana
Rayyan terlampau sibuk apatah lagi syarikat di UK sedang meningkat maju.
“Waalaikumussalam.
Anything for you sweetheart. So, what up?
Did you miss me? Atau Nia ada problem
dan nak share dengan abang?” Rayyan
memang terlalu mengambil berat tentang keadaan diri Dania. Terasa disayangi walaupun
keluarganya jauh di UK.
“Nia memang
sengaja call abang, dah lama tak
borak dengan abang. Bila Nia call mama,
mama cakap abang asyik sibuk aje memanjang.
Mama pun dah membebel sebab abang workaholic
sangat sampai tak ada masa untuk mama. Nia tahulah yang office sekarang tengah banyak projek masuk
tapi abang jangan sampai abaikan kesihatan. Nasib baik abang ada kat UK, mama
ada untuk tolong tengok-tengokkan abang. Kalaulah abang duduk KL tu, conform sampai tak balik rumah sebab
sibuk sangat dengan kerja.” Dia memang arif benar dengan perangai Rayyan. Bila
fokus kepada kerja, memang tak hiraukan dunia luar. Siapalah yang malang sangat
nak jadi girlfriend Rayyan?
“Nia pun dah
suka membebel macam mama lah pula. Sorry ye
sayang, abang sibuk sangat sampai tak sempat nak call Nia tanya khabar. Bila Nia start
cuti hujung tahun?”
“2 minggu lagi.
Kenapa tanya? Abang nak balik Malaysia lawat Nia ke?”
“Sorry sayang, abang tak boleh janji
sebab kerja banyak sangat sekarang ni. But
I will try. Ermm, why not Nia
yang datang UK? Atau Nia dah ada plan sepanjang
cuti ni?” Rayyan memberikan cadangan.
“Malaslah nak
pergi UK, bukannya dekat .Plan? Nia
tak rancang apa pun lagi, tapi maybe Nia
akan ke office untuk belajar selok
belok business.”
“Baguslah kalau
macam tu, nanti abang akan aturkan semuanya. Nia dah bagitahu mama dan papa ke
belum?”
“Dah, perit
telinga Nia dengar mama membebel sebab tak nak pergi UK. Tapi, mama kan sayang
Nia, dia tak akan halang kemahuan Nia. Papa pula memang suka kalau Nia pergi office tu. Papa cakap dah tiba masanya
Nia start tunjuk muka dekat office tu sekali sekala.”
“Biasalah Nia,
ibu mana tak sayang anak. Lagipun mama mesti rindu dekat anak dia yang degil
ni.” Usik Rayyan. Dania akui memang dia seorang anak yang degil, tapi dia masih
boleh bertolak ansur dalam sesetengah perkara.
“Nia merajuk
dengan abang.” Sengaja Dania ingin bermanja dengan sepupunya itu.
“Aik, merajuk
pun kena bagitahu ke?” Tanya Rayyan sambil ketawa besar. Hantu mengusik betul.
“Abangg, tak nak
kawan…”
“Sorry sayang, tak payahlah merajuk
dengan abang. Nanti dah tak cantik my
little princess abang ni…” pujuk Rayyan segera. Dania hanya tersenyum
bahagia.
“Tahu takut. Kalau
macam tu, okey lah. Abang sambunglah kerja abang tu, tapi jangan balik lambat
sangat. Nia nak pergi solat asar dulu. Take
care. Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam sayang.”