Nurul~Atikah
Aku penyihir cinta;
Owner


koniciwa, welcome to my lovely blog. hope uols can enjoy it... so, sayonara!!!


Love Is A Life

  • Novel : Love is a Life! 2
  • Novel : Love is a Life! 1
  • Novel : Love is a Life! Prolog



  • Creditos

    Template was made by Miichiko.


    Novel : Love is a Life! 3
    WRITTEN BY TIKAH ON Thursday, November 21, 2013 { 0 comments }

    Seperti yang dijangkakan, berita itu menjadi perbualan hangat di sekolah kerana D’Family Holdings merupakan salah sebuah syarikat milik bumiputra yang berjaya menembusi pasaran benua Eropah. Dania hanya berlagak selamba sambil melangkah menuju ke arah kelas. Tiba-tiba Badrul datang berjalan seiringan dengannya.
    Morning Nia,” ucap Badrul perlahan.
    Morning…” balasnya. Jejaka itu dilihat sedikit termengah. Baru habis marathon agaknya.
    “Siapa lelaki semalam tu?” Tanya Badrul.
    “Lelaki? Abang Badrul ke maksud awak?” Dia agak hairan dengan pertanyaan lelaki itu. Sibuk aje nak tahu.
    Yup, boyfriend ke?” Dah macam polis pencen pula si Badrul ni. Wajah Badrul dipandang dengan curiga.
    “Kalau ye kenapa?” Soalannya dibalas dengan soalan. Dia tidak rasa yang Badrul perlu tahu status hubungannya dengan Rayyan memandang mereka tidak pernah berkawan rapat sebelum ini. Namun, Badrul hanya mendiamkan diri hinggalah mereka tiba di kelas.
    Sebaik sahaja Dania meletakkan beg, Misha datang menghampirinya. Kerja menyapu sampah yang sedang dilakukannya dari tadi diserahkan kepada pelajar lain.
    Morning Nia. Eh, kau ada baca paper tak?” Tanya Misha sambil melabuhkan punggung di sebelah Dania.
    “Yang mana satu? Kenapa ek?” Tanya Dania semula seperti tidak tahu apa-apa. Dia hanya menayangkan muka selamba.
    “Yang berita pasal anak pemegang saham terbesar D’Family Holdings tu lah. Beruntungkan gadis tu. Dah la kaya, keturunan kerabat pulak tu. Mesti bahagia hidup dia kan. Kalau kau nak tahu, ada ura-ura mengatakan gadis tu ialah kau sebab kau kan baru pindah masuk sekolah ni…”
    Wahh, bisa gawat gini dong!! Terkejut Dania dengan khabar angin itu. Dia segera mengawal riak wajah supaya tidak nampak ketara perubahannya.
    ‘Misha, Misha. Sesuai sangatlah kau jadi wartawan bebas sekolah ni. Semua benda kau tahu. Dasyat betul minah ni.’
    “Kau tengok aku ada ciri-ciri macam anak orang kaya ke? Mengarut betul. And for your information Miss Misha, semewah  mana pun kehidupan gadis tu belum tentu dia cukup bahagia. Status seseorang tu tak menjamin kebahagiaan okay. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat itu dan ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang diingini, ia juga datang bersama masalah.” Tingkahnya pantas. Misha pelik dengan kata-kata gadis itu. Seolah-olah Dania itu memang kenal rapat dengan anak jutawan itu.
    “Biasalah, dah namanya khabar angin. Belum tentu betul atau tak. Satu hal lagi, Imran cakap dia and the gang ada terserempak dengan kau bersama handsome guy dekat KT. Boyfriend ke?” Tanya Misha sambil tersenyum nakal.
    See. Kan aku dah cakap, semua benda dia tahu.’
    “Aik, semua benda Imran nak share dengan kau. You all ada something ke?” Usik Dania semula.
    You are kidding me, right? Kitorang just kawan la. Kau tak payah nak alih topik, cepat cakap siapa lelaki tu?” Nak cover malulah tu.
    That my cousin okay!”
    “Betul ke cousin? Im cakap bukan main mesra lagi, berabang sayang pula tu…” Misha seperti tidak yakin dengan kata-kata Dania.
    “Betullah,” dia cuba meyakinkan Misha. Tadi Badrul, sekarang Misha pula yang sibuk bertanya. Semasa sedang menunggu ketibaan guru, mereka dikejutkan dengan suara Marlia.
    “Ada jugak budak yang perasan nak jadi anak orang kaya. Keturunan kerabat? Dalam mimpi ajelah…” Dania tahu Marlia sengaja menguatkan suara supaya dia mendengarnya. Sengaja nak sakitkan hatinya. Sabar ajelah.
    ‘Ada juga yang nak makan penampar aku ni. Nasib kaulah Marlia kalau aku hilang sabar nanti. Agak-agaknya apa reaksi kau bila tahu aku memang anak pemegang saham terbesar D’Family Holdings tu?’
    “Sabar aje Nia. Perempuan tu memang mulut cikai sikit. Berlagak aje lebih…” Misha cuba menyabarkan Dania dengan menggosok belakangnya. Terbakar siot!! Jangan sampai ada yang mati kena bunuh.

    Sesi persekolahan diharungi dengan tabah. Gembira, takut, gementar dan pelbagai perasaan lain bercampur aduk menjadi satu. Dania senang berada di sini terutamanya apabila dapat berkenalan dengan ramai teman baru. Misha telah menjadi rakan yang paling akrab tapi mulutnya masih berat untuk menceritakan latar belakang dirinya yang sebenar. Menurut Misha, keluarganya tinggal di Melaka. Ayahnya merupakan seorang peguam dan memiliki firma guaman sendiri manakala ibunya pula seorang pensyarah di salah sebuah universiti di sana. Dia bersekolah di sini kerana ingin berada dekat dengan neneknya yang sedang sakit. Walaupun Misha boleh dikatakan hidup mewah, itu tidak menghalangnya berkawan dengan Dania yang ‘biasa-biasa’ sahaja. Sejak akhir-akhir ini, Dania agak terganggu dengan kehadiran nota-nota kecil yang sering diselitkan dalam buku notanya.
    “Mungkin kau ada secret admire…” Misha meneka semasa dia menunjukkan kad itu.
    ‘Aku tak perlukan secret admire sebab aku dah lempar jauh kunci untuk buka pintu hati aku. Jambatan cinta aku dah lama musnah. Hanya Danish yang layak bertapak di sudut hati aku. Bukan aku nak jual mahal tapi aku akan cuba pertahankan cinta kami selagi termampu.’ Gumamnya di dalam hati.
    “Nia, jangan lupa kita ada extra class hari ini dengan Miss Nina jam 4.00 petang. Kau tahu kan macam mana cikgu kesayangan kau tu kalau kita tak datang. Aku balik dulu sebab driver aku dah lama tunggu tu. Assalamualaikum.”
    Salam yang diberi Dania jawab seadanya. Dia hanya memerhatikan Misha berlalu dengan tergesa-gesa. Selesai mengemas buku, dia berpaling tanpa menyedari sekujur tubuh berdiri tegak di belakangnya hingga menyebabkan berlakunya perlanggaran kecil.
    “Opsss… maaf sangat-sangat,” katanya pantas sambil mengutip buku-buku lelaki tersebut yang terjatuh. Malu beb!!
    ‘Mestilah lelaki yang aku langgar ni. Tak tengok orangnya pun aku dah boleh agak sebab dadanya pejal betul, sakit belakang aku…’
    It’s okay Nia. Sikit aje ni,” balas lelaki tersebut. Dia turut tunduk bagi membantu Dania mengutip buku. Kepala diangkat lalu buku-buku tersebut diserahkan kepada lelaki itu. Alamak!! Dania kaget sebentar apabila menyedari lelaki yang dilanggar itu ialah boyfriend Marlia a.k.a si Badrul Faramy.
    Thanks,” ujarnya sambil tersenyum lantas menyambut buku yang dihulur. Dania kelu untuk bersuara apabila melihat renungan mata si jejaka. Satu perasaan indah mula menyusup ke dalam hatinya. Terasa seperti berada diawangan sehinggalah mereka dikejutkan dengan kehadiran Marlia. Kacau daun betul.
    “Ada drama ke kat sini?” Tanyanya sambil memandang tajam ke arah Dania. “Sayang, jomlah balik. You kata you nak hantar I  balik kan. Lagipun driver I cutilah hari ni.” Rengek Marlia manja sambil memaut lengan Badrul apabila tiada jawapan dari kami. Minah ni tertelan ulat bulu ke? Gedik semacam. Si Badrul ni tak rimas ke? Dania mencebikkan bibirnya sambil mengalihkan pandangan ke luar kelas. Menyampah.
    ‘Aku ni kenapa? Tak kan cemburu kot… Ahh, tak mungkin aku boleh cemburu dengan minah plastik ni. Lagipun aku bukannya ada perasaan dekat Badrul.’ Dia segera berpaling apabila Badrul mula bersuara.
    I’ve to go Nia. See you.” Dania hanya memerhatikan pasangan tersebut berlalu dari situ. Dia sempat menangkap jelingan tajam Marlia.
    ‘Buatlah selalu Marlia. Nanti tak pasal-pasal jadi juling pula. Kau ingat aku nak sangat rampas boyfriend kau tu? Tak hingin.’ Bebelannya hanya bergema di dalam hati.
    Dania segera berjalan keluar dari kawasan sekolah lalu menuju ke arah kereta yang sedang menunggu. Peristiwa tadi masih menghantui fikirannya. Dia dapat merasakan sesuatu ketika bertentang mata dengan Badrul tadi.

    ‘Ah…Nia, kau jangan cari pasal dengan Marlia. Kau datang sini nak belajar, bukannya nak bercinta. Lagipun kau dah janji akan setia kepada Danish walaupun dia dah tiada,’ hanya hatinya terus berkata-kata. Dia meraup muka berulang kali. Dia bukannya bodoh untuk tidak faham maksud jelingan Marlia tadi. Marlia pasti tak suka dengan kejadian tadi. Sah-sah Marlia ingat dia sengaja goda Badrul. Semua orang sudah sedia maklum bahawa mereka merupakan pasangan paling popular di sekolah. Sama cantik, sama padan. Marlia Suhara. Lelaki mana yang tidak akan tergoda dengan lenggang lenggoknya yang persis model itu. Tapi sayang, perangai tak secantik wajah.



    « previous
    future »


    PROFILE F.A.Q AFFIES Tutorial facebook twitter refresh