Dengan hanya
mengenakan t-shirt dan jeans, Dania menyusuri sepanjang pantai sambil menikmati
deruan ombak yang sangat menenangkan. Puas berjalan, Dania duduk di atas pasir
sambil menikmati suasana matahari terbenam. Duduk bersendirian sememangnya
bukan tindakan bijak kerana hanya akan mengingatkannya pada kenangan pahit itu.
Tapi itulah yang sering dilakukan sejak peristiwa itu berlaku. Malah, ia
seolah-olah telah sebati dengan dirinya.
Hey
my little angel, be strong okay! Just call me when you need someone and I’ll be
there. Take care and you know something? I always believe that you can do it.
Setiap ayat dalam e-mail yang diterimanya semalam masih
jelas diingatan. Ringkas tetapi maksudnya cukup mendalam. Rayyan, sepupunya itu
sentiasa disisinya tidak kira ketika senang atau susah. Malah, Rayyan yang banyak
membantunya ketika menghadapi kematian tunangnya, Danish setengah tahun yang
lalu.
“Nia, Nia kena banyak
bersabar. Tak baik meratap pemergian Danish, terseksa dia kat sana.” Pujuk
Rayyan sambil memeluk bahu Dania erat.
“Nia pun terseksa abang. Kenapa Nia yang dipilih untuk
diduga sebegini? Nia tak kuat…” Air mata Dania berderai sedangkan sisa air mata
di pipi masih lagi belum kering. Dania tahu Rayyan sedang memendam kesedihannya
sendiri walau raut wajah yang dipamer tampak tenang.
“Listen,
sayang. You must let him go, Nia kena
kuat. Danish mesti sedih kalau tengok Nia sekarang. Abang tahu adik abang tu
paling tak suka tengok Nia menangis, that
why he always try to make you happy.
Tak salah kalau Nia nak sedih tapi Nia kena redha. Allah hanya menduga manusia
itu mengikut kemampuan masing-masing. Mungkin Danish memang bukan jodoh Nia.”
Kata-kata Rayyan menyedarkan Dania akan kekhilafannya.
‘Ya Allah, aku sering berdoa supaya ditemukan dengan
jodoh yang terbaik hingga aku lupa untuk berdoa agar ditemukan jodoh dengan
Danish. Ya Allah, sekiranya memang tertulis Danish bukan jodohku di dunia ini,
kau satukanlah kami di syurga-Mu. Danish, awak bersemadilah dengan aman. Nia
akan cuba hidup tanpa awak.’ Dan air mata Dania semakin lebat menitis.
“Abang janji abang akan sentiasa protect Nia. Abang tak akan biarkan sesiapa pun lukakan hati adik
abang ni. If you really love him,
abang nak Nia kuatkan semangat dan teruskan hidup. Nia mesti jadi orang
yang berjaya seperti yang Danish
harapkan. Okay, sayang?”
Buat kesekian
kalinya, Dania mengeluh mengingatkan kenangan itu. Dia nekad untuk melupakan
kesedihan lalu dan memulakan hidup baru.
Tetapi, itu tidak bermakna Danish akan terus dilupakan. Orang kata kita
hanya memerlukan sesaat untuk jatuh cinta tapi untuk melupakannya mungkin masa
seumur hidup pun masih tidak mencukupi apatah lagi Danish merupakan cinta
pertamanya. Kini, sudah seminggu Dania tinggal di Terengganu. Papa dan mamanya
juga sudah terbang ke UK bagi mengembangkan sayap perniagaan ke sana. Itupun
setelah menguruskan pertukaran Dania ke salah sebuah sekolah di sini. Semua
keperluan Dania turut disediakan selengkapnya. Puas dipujuk supaya mengikut
mereka ke sana tapi hati Dania telah nekad.
“Saya nak Nia
janji satu perkara, kalaulah saya dah tak ada suatu hari nanti, Nia kena cari
pengganti diri saya. Saya nak Nia cari lelaki yang boleh sayangkan Nia lebih
dari saya sayangkan Nia. Lelaki yang boleh jadi sahabat, kekasih dan imam
terbaik buat diri Nia. Dan kalau boleh saya nak Nia lupakan saya. Saya bukan
tak sayangkan Nia sebab cinta saya pada Nia bersaksikan Allah S.W.T dan hanya
Allah S.W.T yang mampu menghalang cinta kita. Tapi saya tak nak Nia sedih bila
saya dah tak ada, air mata Nia terlalu berharga buat saya.”
Dania tersentak apabila terasa getaran telefon bimbit di
dalam kocek seluar jeansnya. Dia segera mengeluarkan telefonnya. Nombor yang
terpapar di skrin hanya dipandang tanpa ada niat untuk menjawabnya. Perlahan-lahan
Dania bangun lantas menyapu seluar yang diselaputi pasir. Waktu maghrib semakin
hampir. Segera dia berjalan menuju ke arah BMW X6 yang sedang menunggu.
Bagaimana agaknya penerimaan pelajar lain esok? Sebelum masuk ke dalam kereta,
dia sempat mengamati sekali lagi matahari yang semakin terbenam.
‘Semoga matahari yang terbenam itu membawa seluruh
kedukaanku pergi. Aku yakin esok akan membawa sinar harapan baru untuk aku’
Dania
menyapu buat kali terakhir air mata yang menitis.