Pintu pagar
sekolah Dania masuki dengan yakin. Memang sengaja dia minta diturunkan jauh
dari pagar sekolah supaya tidak menarik perhatian ramai.
‘Ni semua papa punya pasal, kalau ikutkan hati dah lama
aku naik bas. Menyusahkan Pak Mat aje
hantar aku setiap pagi…’ Dania mengeluh perlahan apabila teringatkan perjanjian
dengan papanya. dia dibenarkan tinggal di sini asalkan setiap destinasinya akan
dihantar oleh Pak Mat, pemandu merangkap tukang kebun rumahnya.
‘Mana la office
agaknya, aku bukannya pernah datang sini.’ Dania termangu sendiri sebelum
menuju ke arah pondok pengawal keselamatan.
“Maaf, tumpang tanya. Pejabat sekolah kat mana ye?” Tanya
Dania sambil tersenyum manis. Senyum tu kan sedekah.
“Mari saya
tunjukkan. Adik ni pelajar baru kat sini ke?” Lelaki itu turut membalas
senyumannya. Dia hanya mengangguk perlahan sebagai jawapan. Kalau tak jawab
nanti dikatakan sombong pula. ‘Amran’. Dania memerhatikan tag nama yang tersemat di uniform
lelaki itu.
Dania hanya
mengikut langkah Amran hinggalah ke pejabat. Lelaki itu turut membantu
memaklumkan kepada kerani sekolah tujuan kedatangan Dania. Dania sempat
mengucapkan terima kasih kepada Amran sebelum dibenarkan masuk berjumpa tuan pengetua.
“Assalamualaikum
cikgu…” sapa Dania hormat. Walau setinggi mana darjat manusia, status seorang
guru tetap wajib dihormati.
“Waalaikumussalam.
Have a seat Tengku.” Tuan pengetua
mempersilakan Dania duduk di sofa yang ada. Tengku? Yekss.
“Terima kasih. Ermm,
tak payahlah cikgu nak bertengku dengan saya. Apalah sangat yang ada pada
nama.” Dia menegah dengan perasaan kurang senang.
“Baiklah kalau
macam tu. Saya harap awak selesa berada di sini. Sepanjang awak berada di
sekolah ini awak boleh berjumpa langsung dengan saya sekiranya ada sebarang
kesulitan.”
“Cikgu, saya
berharap sangat status saya tak didedahkan kepada pelajar lain. Saya tak mahu
tarik press ke sini. Saya nak belajar
dengan tenang.” Dania mahu tuan pengetua memberi jaminan kepadanya berhubung
perkara itu. Sengaja dia memilih untuk bersekolah di sini bagi menghindar dari
diburu pihak media. Buat masa sekarang tidak sanggup rasanya diajukan dengan
soalan-soalan yang pasti akan menambahkan kesedihannya. Ramai yang menyangka
dia ke UK bersama mama dan papanya.
“Tentang perkara
itu awak tak perlu risau. Saya dah discuss
dengan Tengku Darwin dan saya juga telah memberi arahan kepada semua pihak yang
tahu status awak supaya merahsiakan perkara itu. Kalau dah tak ada apa-apa,
mari saya tunjukkan kelas awak.”
Dania hanya
menurut langkah tuan pengetua ke kelas barunya yang terletak di tingkat 3. Tak
perlulah nak diet ke apa. Naik ke
kelas pun dah macam jogging setaman. Ketika
dalam perjalanan, tuan pengetua sempat menceritakan serba sedikit keadaan
sekolah tersebut. Mereka tiba di sebuah kelas yang paling hujung. Suasananya
yang sunyi sedikit membingungkan Dania. Okay,
my first valuation, pelajar sekolah ini tersangat berdisiplin but, don’t judge a book by its cover.
Tuan pengetua
mengetuk pintu dan menggamit guru muda yang sedang mengajar di dalam kelas
tersebut. Semua mata memandang ke arah mereka, lebih tepat lagi ke arah Dania
seolah-olah sedang melihat alien yang
baru sahaja mendarat di bumi.
“Maaf cikgu
sebab mengganggu. Ini Dania, pelajar baru untuk kelas ini. Dania, saya kenalkan
Miss Nina, guru ekonomi merangkap
guru kelas awak. Actually I have a
meeting now, so saya minta diri dulu.” Dania hanya memandang sepi langkah
tuan pengetua sebelum mengikut Miss
Nina masuk ke kelas. Suasana kelas mula berubah apabila masing-masing saling
berbisik.
“Attention class. Seperti yang you all dapat lihat, we have a new student. So, saya harap sangat yang you all boleh beri kerjasama sepenuhnya okay. Dania, awak boleh perkenalkan
diri…” arah Miss Nina sambil memandang tepat ke arah Dania.
“Assalamualaikum.
Saya Dania Danisha Binti Darwin, selamat berkenalan.” Dania hanya memberitahu
namanya sahaja tanpa menyentuh latar belakang keluarganya. Lebih baik berahsia
daripada terus menipu. Dia yang pada mulanya agak berkeyakinan sedikit terpana
apabila diajukan soalan yang cukup sensitif.
“Dah ada boyfriend ke belum?” Entah siapa yang
melontarkan soalan itu tapi cukup untuk mengundang gelak ketawa pelajar lain.
‘Ya Allah,
tabahkan hatiku. Mereka tidak tahu aku bahawa baru sahaja kehilangan tunang
tercinta…” Hampir menitis air matanya. Mujurlah Miss Nina segera mengawal keadaan.
“Tak payah nak
tanya soalan yang bukan-bukan. Saya nak you
all fokus pada pelajaran. Next year nak
ambil STPM kan? Dania, awak ambil tempat kosong di tengah tu.” Dania hanya
mengikut arahan Miss Nina tanpa bantahan.
Semasa melangkah ke tempat duduk, dia sempat mendengar suara pelajar yang
berbisik perlahan.
“Mak naga dah
buka buku mantera la pula.”
‘Patutlah kelas
ni senyap aje tadi, takut pada Miss Nina rupanya. Ingatkan berdisiplin
sangat.’ Semasa mengeluarkan buku, pelajar di sebelahnya menghulurkan salam
perkenalan.
“Hai Dania, saya
Amisha Suzana. Panggil aje Misha…” Katanya sambil tersenyum mesra hingga
terbentuk lesung pipit di kedua belah pipinya. Cacat yang cantik. Tangan yang
dihulur Dania sambut sambil membalas senyumannya. Dia tidak mahu dianggap
sombong sedangkan dia amat memerlukan pertolongan rakan-rakan untuk
menyesuaikan diri dengan suasana di sini.
Waktu pelajaran
berjalan dengan lancar sehinggalah tiba waktu rehat. Dania tidak turun makan kerana
masih kenyang bersarapan pagi tadi. Semasa sedang berbual dengan Misha dan
beberapa orang pelajar perempuan yang lain, mereka disapa sekumpulan pelajar
lelaki.
“Rancak korang borak. Misha, tak nak kenalkan pelajar
baru pada kami ke?” Tanya salah seorang daripada mereka sambil
tersenyum-senyum.
“Sibuk la korang ni. Tadikan dah kenal…” balas
Misha kurang senang. Gatal. Tak boleh tengok perempuan cantik, mulalah ulat
bulu naik daun.
“Memanglah kami
dah kenal dia tapi dia belum kenal lagi kami…” balas lelaki itu semula. Tersengih
lagi.
‘Mamat ni
kenapa? Dah macam kerang busuk aku tengok. Tak penat ke tersengih sejak tadi?’
omel Dania di dalam hati.
“Yelah. Nia, aku
kenalkan budak yang paling perasan dalam kelas ni. Imran Affendi, player paling glamor kat sekolah.” Kata
Misha sambil menunjuk ke arah pelajar lelaki yang tersengih-sengih itu. Patutlah
nampak miang.
“Tak patut betul
kau panggil aku player, jatuh saham
aku depan Dania. Aku gentle okay. Hai
Nia, I’m Imran. Nice to meet you…”
ujarnya sambil mengeyitkan mata. Dania hanya melemparkan segaris senyuman
sebagai tanda persahabatan. Nicelah
sangat.
“Tak payahlah
kau nak jual minyak kat sini Im, tak laku pun.” Celah Misha sebelum Imran
semakin melalut.
“Jealouslah tu. Aku tahu kau dah lama
minat kat aku kan,” usik Imran.
“Excuse me! Tolonglah. Tak ada maknanya
aku nak admire kat kau tu,” balas
Misha geram sebelum memperkenalkan kawan-kawan Imran.
“Lupa pula nak
kenalkan member mamat poyo a.k.a ulat bulu ni. Yang ni Risyam Fathi, ketua
pelajar sekolah, yang tinggi lampai ni Shahrul Zikri dan yang kat belakang tu
Badrul Faramy.”
‘Kenapa si
Badrul tengok aku lain macam je? Ahh, lantak…’ Mereka berbual seketika sebelum
loceng berbunyi.
Minggu pertama
di sekolah baru Dania tempuhi tanpa banyak masalah meskipun ada yang kurang
senang dengan kehadirannya. Marlia!! Kenapa hatinya tidak enak setiap kali
berselisih dengan gadis itu? Jelingan dan bahasa tubuhnya seperti mempunyai
maksud yang tidak dapat dia fahami. Seolah-olah dia didendami dalam diam.
‘Persetankan dia, aku datang sini bukan nak cari
gaduh. Silap besar kalau dia cuba cari pasal dengan aku…’