Nurul~Atikah
Aku penyihir cinta;
Owner


koniciwa, welcome to my lovely blog. hope uols can enjoy it... so, sayonara!!!


Love Is A Life

  • Novel : Love is a Life! 1
  • Novel : Love is a Life! Prolog



  • Creditos

    Template was made by Miichiko.


    Novel : Love is a Life! 2
    WRITTEN BY TIKAH ON Sunday, November 17, 2013 { 0 comments }

    Sudah genap dua bulan Dania bersekolah di sini. Hari minggu dia habiskan dengan terperap di rumah. Nasib baik ada Pak Mat dan isterinya Mak Mah. Tidaklah sunyi sangat banglo dua tingkat itu. Pasangan orang gaji itu dibawa dari rumah keluarganya di KL atas arahan Tengku Darwin. Dania begitu asyik memerhatikan ikan koi yang berenang riang di dalam kolam sambil berbual dengan Pak Mat yang sedang mencantas bunga. Bunyi enjin kereta berhenti di depan pintu pagar mengejutkan mereka. Dania segera mengenali pemilik Jaguar XF 3.0V6 itu bila cermin kereta diturunkan lalu dia bangun untuk membuka pintu pagar bagi membolehkan kereta itu masuk ke garaj. Apabila sesusuk tubuh tegap keluar dari kereta itu, Dania menerpa untuk memeluknya.
    “Bila abang sampai di Malaysia? Kenapa tak cakap nak datang? Nasib baik Nia ada di rumah, abang ni teruk betul tau…” Tanya Dania bertubi-tubi sambil menghulurkan tangan untuk bersalam. Rayyan hanya tersenyum sambil mengusap rambut Dania. Dia memang terlalu manja dengan Rayyan. Rayyan telah dianggap seperti abang kandungku sendiri. Segala keluh kesahnya berada dalam pengetahuan Rayyan. Dania sedikit tersentak apabila Rayyan berdehem.
    “Jauh Nia mengelamun. Did you miss me? Abang kan dah ada depan mata Nia ni…” Usik Rayyan sambil tersengih. Sebenarnya dia tahu apa yang difikirkan gadis itu. Dania mencubit lengan Rayyan menyebabkan dia menyeringai kesakitan.
    “Padan muka. Usiklah Nia lagi. Abang jangan nak perasan lebih. Nia langsung tak rindukan abang…” cebiknya. Sengaja Dania berkata begitu bagi mengelakkan perubahan wajahnya dikesan Rayyan.
    I miss you so much Danish…’
    Dania menjemput Rayyan masuk. Baru sahaja duduk, Mak Mah datang menghidangkan air bersama kuih lapis yang dibuatnya.
    “Jemput minum Tuan Rayyan.”
    “Terima kasih Mak Mah. Jemputlah minum sekali.” Pelawa Rayyan ikhlas.
    “Tak apalah, lagipun Mak Mah masih banyak kerja kat dapur.”
    So, abang mimpi apa tiba-tiba je balik Malaysia?” Tanya Dania. Sudah beberapa tahun Rayyan tinggal di California untuk menguruskan perniagaan keluarga yang bertapak di sana. Sudah pasti kepulangannya secara mengejut agak menghairankan Dania. Selalunya Rayyan hanya pulang sekiranya ada urusan penting sahaja.
    “Papa yang arahkan abang balik dengan segera. Lagipun kerja abang dekat sana dah habis.” Rayyan sudah menganggap Tengku Dahlia dan Tengku Darwin seperti ibu bapanya sendiri kerana telah kehilangan kedua ibu bapa kandungnya sejak berumur 13 tahun lagi.
    Urgent sangat ke? Mama tak cakap pun masa Nia call semalam.” Dia agak hairan dengan arahan Tengku Darwin. Rasanya syarikat tak ada masalah apa pun. Walaupun  tidak pernah terlibat secara langsung dengan urusan syarikat, Dania sentiasa mengikuti perkembangannya melalui Tengku Darwin supaya dapat menyesuaikan diri nanti. Malah, dia juga tidak pernah menjejakkan kaki ke syarikat papanya itu.
    “Nia tak baca paper kelmarin ke?” pertanyaan Rayyan menyesakkan fikiran Dania. Dia hanya menggelengkan kepala sahaja. Rayyan mengeluarkan press cutting dari briefcase yang dibawanya lalu dihulurkan kepada Dania.
    “Anak tunggal kepada pemegang saham terbesar D’Family Holdings dilaporkan menyambung pelajaran di salah sebuah sekolah di Terengganu, bukannya berada di UK seperti yang diberitahu sebelum ini. Beliau…” Lidahnya terlalu kelu untuk meneruskan pembacaan. Barulah dia faham maksud kepulangan Rayyan kali ini.
    “Nia tak payah risau okay. Abang akan uruskan semua ni. Nia cuma perlu fokus pada pelajaran aje.” Bahunya dipeluk Rayyan.
    ‘Mesti benda ni akan heboh. Harap-harap tak ada yang perasan dengan berita tu. Nasib baik nama aku tak disiarkan…’ Dania mengeluh lagi.
    “Alang-alang abang dah ada dekat sini, abang nak ajak Nia pergi jalan-jalan. Dah lama abang tak datang sini. Lagipun esok abang dah kena balik KL.”
    “Alaa abang ni. Duduklah sini lama sikit. Dah lama tak jumpa abang tau…” Kali terakhir Rayyan pulang ke Malaysia pun masa Danish meninggal.
    “Tak boleh sayang, abang kena cepat-cepat uruskan pihak media tu. Kalau terlambat nanti, takut mereka sempat bongkarkan identiti Nia pulak. Lepas tu abang kena fly ke UK. Business keluarga kita kat sana baru nak berkembang, so abang kena bantu papa.” Rayyan cuba memujuk Dania.
    Okay lah, nanti petang Nia bawa abang pergi jalan-jalan. Tapi sekarang Nia nak abang naik atas dulu. You need to rest. Mesti abang penat kan.” Arahnya.
    Yes maam..abang naik dulu ye.” Balas Rayyan lalu menuju ke arah tangga sambil membimbit begnya.

    Dania membawa Rayyan berjalan-jalan di sekitar Kuala Terengganu. Petang itu Rayyan tampak santai dengan hanya mengenakan ‘top’ Polo berkolar rona biru gelap dengan jeans potongan ‘flare’. Dania pula selesa memilih untuk memakai t-shirt berlengan pendek dan vest dipadankan dengan skinny jeans. Semasa berada di mall, dia tertarik untuk melihat anak patung yang dijual di situ.
    “Abang, comel tak patung bear ni?” Tanya Dania sambil menunjukkan teddy bear yang berwarna pink itu. Bulunya sangat halus.
    “Tak comel pun sebab sayang lagi cute dari bear ni…” Usik Rayyan sambil mencuit hidung Dania. Dia hanya tersengih sambil memeluk lengan Rayyan.
    “Ehem, hai Nia. Tak sangka dapat jumpa kat sini,” segera Dania berpaling. Sebaik sahaja melihat makhluk-makhluk di hadapannya, wajahnya berubah merah. Lengan Rayyan segera dilepaskan.
    ‘Kenapalah dalam ramai-ramai orang, aku boleh terserempak mamat-mamat sengal ni kat sini? Leceh betul la…’ Dania sedikit terkejut apabila Rayyan berbisik di telinganya.
    “Tak mahu kenalkan pada abang ke?” Dia termangu seketika. Wajah Imran yang sedang tersenyum-senyum dipandang. Dia mengeluh perlahan.
    “Abang, Nia kenalkan kawan sekelas Nia. Imran, Shahrul, Badrul dan Risyam.” Dania memperkenalkan mereka satu persatu.
    “Rayyan,” Rayyan turut memperkenalkan dirinya sambil berjabat tangan. Selepas berbual beberapa minit, mereka meminta diri. Perlawaan untuk makan bersama mereka tolak dengan sopan. Rayyan memeluk bahu Dania mesra sambil berlalu.
    “Abang rasa Badrul tu suka kat Nialah. Semacam aje dia tenung Nia,” terpana Dania mendengar kata-kata Rayyan. Apabila melihat Rayyan tersengih barulah dia tahu Rayyan hanya ingin mengusiknya. Spontan dia memukul lengan sasa Rayyan.
    “Sakitlah Nia. Dah tak sayang abang ke?” Tanya Rayyan sambil menggosok lengan dengan muka yang dibuat-buat sedih.
    “Padan muka. Mengada-ngada sangat…” balas Dania sambil menjelirkan lidah. Rayyan hanya tergelak lalu mengajak Dania pulang tanpa menyedari ada sepasang mata yang masih galak memerhatikan mereka dari jauh. Buat sementara, Dania lupa kesedihannya. Kepulangan Rayyan kali ini benar-benar menggembirakannya.



    « previous
    future »


    PROFILE F.A.Q AFFIES Tutorial facebook twitter refresh