Nurul~Atikah
Aku penyihir cinta;
Owner


koniciwa, welcome to my lovely blog. hope uols can enjoy it... so, sayonara!!!


Love Is A Life

  • Novel : Love is a Life! 5
  • Novel : Love is a Life! 4
  • Novel : Love is a Life! 3
  • Novel : Love is a Life! 2
  • Novel : Love is a Life! 1
  • Novel : Love is a Life! Prolog



  • Creditos

    Template was made by Miichiko.


    Novel : Love is a Life! 5
    WRITTEN BY TIKAH ON Tuesday, December 10, 2013 { 0 comments }

    Cepat masa berlalu. Hari ini merupakan hari terakhir persekolahan, bermakna sudah dua hari sejak peperiksaan akhir tahun berakhir. Dania hanya duduk berbual dengan Misha di dalam kelas. Memandangkan hari ini merupakan hari terakhir persekolahan, suasana agak bising kerana ketiadaan guru di dalam kelas.
    “Nia, kau nak buat apa sepanjang cuti ni?” Tanya Misha. Mereka langsung tidak menghiraukan suasana kelas yang gamat.
    “Aku nak balik KL, aku rasa aku nak kerja. Kau?” Tanya Dania semula.
    “Aku nak balik Melaka jumpa family aku. Next week aku bertolak. Dah lama aku tak jumpa dia orang. Nia, kalau aku tanya something kau jangan terasa pula.”
    “Apa dia?”
    “Kenapa kau tak pernah cerita tentang family kau? Kau tak percayakan aku ke?” Terkejut Dania dengan soalan Misha yang tidak dijangka. Misha nampak serba salah apabila melihat perubahan wajah temannya itu.
    I’m sorry Nia, lupakan aje soalan aku tu. Aku tak kisah kalau kau tak mahu cerita.” Dania termenung sejenak memikirkan soalan Misha. Mungkin sudah tiba masanya untuk Misha tahu siapa dirinya yang sebenar. Dia yakin Misha boleh dipercayai.
    It’s okay. Maaf sebab tak pernah cerita tentang keluarga aku. Aku bukannya tak percayakan kau. Ermm, aku akan beritahu siapa aku yang sebenarnya tapi bukan dekat sini. Esok pagi aku ke rumah kau okey.” Sudah tiba masanya rahsia dirinya dikongsi dengan Misha. Dia tidak mahu Misha salah faham apabila tahu perkara sebenar dari orang lain. Dania yakin, lambat atau cepat identitinya tetap akan terbongkar suatu hari nanti.
    Perbualan mereka terhenti apabila didatangi oleh Imran, Badrul dan Shahrul. Menurut mereka, Risyam agak sibuk dengan tugasnya sebagai ketua pelajar. Dania hanya berlagak seperti biasa walaupun dia perasan Badrul asyik menjeling ke arahnya. Selepas peristiwa di perpustakaan tersebut, Dania semakin menjaga jarak antara mereka. Dia tidak mahu Badrul terus hanyut dibuai perasaan sekiranya dia melayan jejaka itu dengan mesra sedangkan dia tidak mampu membalas perasaan itu. Marlia pula bagaikan sengaja mencari pasal dengan Dania tetapi hingga ke hari ini dia masih mampu bertahan dengan sikap minah plastik itu.


    Dania tersedar apabila bunyi azan subuh dilaungkan di masjid yang berdekatan. Usai solat, dia sempat membaca surah yasin untuk disedekahkan kepada arwah Danish serta arwah kedua datuk dan neneknya yang telah pulang ke rahmatullah. Tepat jam 7.00 pagi, gadis itu turun ke bawah lalu menuju ke arah kebun bunga yang dijaga rapi oleh Pak Mat untuk menikmati udara yang segar sementara menunggu sarapan disiapkan. Bukannya dia tidak mahu membantu, tetapi sentiasa ditegah oleh Mak Mah. 15 minit kemudian, dia dipanggil untuk bersarapan. Mee goreng yang disediakan tampak menyelerakan.
    “Marilah sarapan sama-sama Mak Mah. Ajak Pak Mat sekali.” Dania sentiasa ingat pesanan mama dan papanya supaya tidak berlaku sombong dengan orang lain walaupun dengan orang gaji sendiri. Rezeki itu milik Allah S.W.T dan boleh ditarik bila-bila masa sahaja.
    “Cik Nia sarapanlah dulu. Kami sarapan sekejap lagi.” Jawab Mak Mah. Dia sebenarnya segan dengan cik mudanya itu.
    “Jomlah Mak Mah. Macam tak biasa dengan Nia pula. Lagipun tak syok lah sarapan seorang, ramai-ramai baru best sikit.” Pujuk Dania. Dia sebenarnya bosan asyik makan seorang sejak berada di Terengganu. Masa di KL dulu, mamanya sentiasa ada menemani. Dia segera bangun mencari Pak Mat untuk diajak bersarapan. Dania makan dengan berselera ditemani orang gajinya.
    “Pak Mat, Mak Mah… Nia nak balik KL hujung mingggu ni. Mungkin Nia duduk sana sampai habis cuti sebab Nia nak pergi office papa. So, Nia nak tahu sama ada Pak Mat dengan Mak Mah nak ikut atau nak duduk sini?”
    “Sebenarnya Cik Nia, kalau boleh kami nak minta cuti seminggu sebab nak melawat anak kami yang tinggal di sini.” Pak Mat meminta izin.
    “Tak apalah kalau macam tu, Nia izinkan. Kalau nak cuti sepanjang Nia tak ada kat sini pun tak apa tapi Nia nak minta tolong Pak Mat dengan Mak Mah datang tengok-tengokkan rumah ni sekali sekala.”
    “Terima kasih Cik Nia.” Ucap Mak Mah. Dia dan suaminya cukup bertuah kerana mempunyai majikan yang sangat baik hati. Tengku Dahlia dan Tengku Dania sentiasa melayan orang-orang gaji mereka seperti keluarga sendiri. Tengku Darwin pula, walaupun jarang bersua muka, mereka tahu majikannya itu prihatin dengan kebajikan mereka.
    “Sama-sama. Hujung minggu ni Pak Mat tak perlu hantar Nia ke KL. Nia drive sendiri. Lagipun, Nia kan dah ada lesen…” Ujar Dania lalu bangun untuk mencuci pinggan di singki walaupun ditegah oleh Mak Mah.



    « previous


    PROFILE F.A.Q AFFIES Tutorial facebook twitter refresh